Hampir maut kerana makan kentang goreng di McD


Sepasang suami isteri, Tevita dan Glory, terkejut apabila anak mereka yang berusia 1 tahun hampir maut ketika sedang makan di McDonald. Budak berkenaan yang tersedak selepas memakan kentang goreng terus terjatuh manakala pernafasannya terhenti.

Tevita dan Glory bertindak pantas dengan meminta bantuan daripada staff McDonald yang kemudiannya terus menghubungi unit kecemasan.

"Memang menakutkan sekali apabila pernafasan anak itu seolah-olah terhenti sekejap ketika saya membaringkannya. Tapi syukurlah sebab dengan kerjasama semua, anak itu berjaya diselamatkan." kata salah seorang staf di situ.

Kejadian itu sempat dirakam melalui kamera CCTV yang dipasang di sudut Restoran McDonald.

Sumber: Borakkosong.com

1 Response to "Hampir maut kerana makan kentang goreng di McD"