Jalur Lebar 4G Produk P1 dilancarkan di Sabah


Perintis jalur lebar berkelajuan tinggi 4G terkemuka di Asia Tenggara, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) telah melancarkan perkhidmatan komersilnya di Sabah.

Rancangan pengenalan secara agresif PI berhasrat untuk meliputi sekurang-kurangnya 80 peratus daripada isi rumah di Kota Kinabalu dalam tempoh enam bulan.

“Dengan kemasukan kami ke Sabah, P1 telah melepasi satu lagi sejarah dalam mencapai matlamat kami memberikan perkhidmatan jalur lebar untuk semua,” kata Ketua Eksekutif Michael Lai pada majlis pelancaran oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang di sini hari ini.

Terdahulu tahun ini, syarikat mengumumkan yang ia akan melabur RM30 juta untuk memulakan perkhidmatan itu di Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan pelancaran di Kota Kinabalu pada bulan Ogos.

“Kami mahu Malaysia cepat-cepat mencapai tahap penembusan jalur lebar yang dinikmati oleh negara-negara maju dan kami mendahului saranan negara untuk penyertaan sektor swasta untuk mencapai ini,” katanya.

Perkhidmatan P1 dikuasakan oleh teknologi tanpa wayar 4G yang dikatakan lebih cekap dari segi “data highway” berbanding dengan sama ada wayar konvensional tembaga ASDL ataupun 3G.

Rangkaian produk P1 termasuklah jalur lebar kediaman akses tetap dengan perkhidmatan telefon tetap dan jalur lebar mudah alih untuk kedua-dua pengguna dan perniagaan.


Warga Sabah juga boleh menjangkakan yang pengalaman jalur lebar baharu daripada wayarles 4G kerana ia adalah “plug-and-play”, menghapuskan segala masalah pendawaian atau tempoh menunggu yang lama untuk pemasangan perkhidmatan.

Sementara itu, Salang berkata jalur lebar adalah keperluan dan talian hayat baharu untuk perkembangan seperti yang telah terbukti oleh negara-negara seperti Korea Selatan dan Taiwan yang kebanyakan pertumbuhan rancak mereka adalah disebabkan fokus yang jitu kepada pembangunan ICT.

“Saya berbesar hati melihat syarikat-syarikat seperti P1 membantu merancakkan penggunaan pakai jalur lebar di Sabah/Sarawak dan seluruh negara. Adalah menjadi sasaran kerajaan untuk meningkatkan penembusan jalur lebar isi rumah kepada 75 peratus menjelang 2015 dan untuk mengatasi jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Saya yakin yang kita boleh mencapai, malah, melepasi sasaran ini dengan inisiatif utama yang kerajaan telah tempatkan serta dengan sokongan sektor swasta,” kata beliau.

Sumber: mummynemo.com

0 Response to "Jalur Lebar 4G Produk P1 dilancarkan di Sabah"

Catat Ulasan