Jaringan Ronaldo tewaskan Man City


MILAN - Bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo memastikan kemenangan sulung Real Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini apabila menewaskan Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 3-2 di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

City mendahului dua kali dengan pasukan tuan rumah dikejutkan gol pembukaan di separuh masa kedua menerusi Edin Dzeko. Namun Real bangkit menyamakan kedudukan menerusi Marcelo.

City kembali di depan apabila tendangan percuma Alexsandar Kolarov menggegar gawang Real.

Kemasukan Karim Benzema nyata berbaloi apabila tendangan leretnya membolosi gol City untuk keputusan 2-2.

Selang beberapa minit perlawanan berakhir, Ronaldo melakukan sepakan kencang dari sudut kanan mengelirukan penjaga gol City, Joe Hart untuk gol kemenangan Real.

Kemenangan itu nyata berharga buat jurulatih Real, Jose Mourinho apabila saingan Kumpulan D itu dipenuhi kelab juara di Eropah.

Selain City, ia juga disertai juara liga Belanda, Ajax Amsterdam dan juara Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund.

Sumber: Berita Harian


0 Response to "Jaringan Ronaldo tewaskan Man City"

Catat Ulasan