Motosikal berukuran 22m...

Sebuah motosikal scooter telah diubahsuai menjadi motosikal paling panjang di dunia dengan ukuran 22m. Motosikal itu mengambil masa sebulan untuk diubahsuai dan boleh menampung penumpang sehingga 25 orang.


Pemilik motosikal, Colin Furze, 31, telah mengubahsuai motosikal tersebut di belakang rumah maknya untuk tujuan ingin mencipta satu lagi rekod lain dalam Guinness World Record. Sebelum ini, beliau pernah mengubahsuai motosikal scooter rakannya menjadi motosikal paling pantas di dunia dengan kelajuan sehingga 115km/h.

Untuk mencipta rekod tersebut, beliau telah memandu motosikal yang telah diubahsuai itu sejauh 1km pada kelajuan 57km/h.

Beliau berkata; "pada kali pertama saya memandu motosikal itu, saya fikir ianya tidak akan berfungsi dan jika berfungsi pun motosikal ini tidak mungkin akan mencapai kelajuan tinggi. Selepas menyesuaikan diri dengan cara pemanduan motosikal tersebut, ianya menjadi mudah walaupun agak meletihkan tangan akibat berat steering yang melampau.

Sebelum ini, panjang motosikal yang pernah direkodkan dalam Guinness World Record ialah 14m.

Sumber asal

2 Responses to "Motosikal berukuran 22m..."

  1. wih, motornya keren abis sob.
    anak otomotif ya. salam kenal.

    wih, motornya keren abis sob.
    anak otomotif ya. salam kenal.

    BalasPadam
  2. wah itu motor, sure jem jalan sebab tunggu dia nyer trun jer dh berapa minit baru habis...

    salam kenal
    suezdairy.blogspot

    BalasPadam