Huang Yuanfan, 84, berkata tanduk kecil tersebut mula tumbuh dua tahun lepas dan ianya semakin membesar.
"Saya sudah cuba beberapa kali untuk memendek dan mencabut tanduk tersebut tetapi masih tiada perubahan berlaku, malahan semakin membesar".
Menurut Yuanfan lagi, panjang tanduk tersebut sudah mencecah 75mm dan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
"Saya sudah berjumpa dengan banyak doktor tetapi punca kepada ketumbuhan ini masih belum diketahui. Mereka pernah beberapa kali mencabut tanduk tersebut tetapi ianya tetap tumbuh semula".
Dalam satu lagi kes lain membabitkan seorang nenek berusia 101 tahun, beliau turut menderita akibat ketumbuhan tanduk di bahagian dahi kepalanya.
Zhang Ruifang pertama kali menyedari kewujudan tanduk di dahinya pada tahun 2009 dan kini panjangnya tersebut sudah mencecah 60mm.
Peristiwa pelik tersebut telah mendapat perhatian daripada media China sehingga ramai pelawat dari jauh datang ke rumah beliau di Linlou, Timur China, semata-mata untuk melihat tanduk tersebut.
"Saya telah menolak cadangan doktor untuk memotong tanduk tersebut kerana dengan tanduk ini, ramai pelawat sanggup datang ke rumah saya. Mereka membawa makanan dan hadiah-hadiah yang menarik. Lawatan seperti ini tidak pernah saya alami sebelum ini".
Sumber asal Huang Yuanfan
Sumber asal Zhang Ruifang


hhooho..pelik plak...bnyk dah manusia pelik
BalasPadampelikkkkkk lahhh 0_o
BalasPadam