Backlink dan jenisnya

Salam para pembaca ...  

Entri kali ini bukanlah tulisan dari admin sendiri melainkan COPY & PASTE dari blogger otai, Ellen. Dia dah perincikan pasal backlink dan jenis-jenisnya. Okay korang baca entri dia kat bawah ini.

Apa itu Backlink?

Menurut Wikipedia Backlink ini bermaksud:-

Backlinks are incoming links to a website or web page. In basic link terminology, a backlink is any link received by a web node (web page, directory, website, or top level domain) from another web node

Kalo kita translate, lebih kurang cam ni.

Backlink adalah link(URL) yang terpasang di WEBSITE LAIN, yang bila link itu di klik akan pergi ke website kita

Contoh: Seorang wanita dijumpai mati dalam longkang oleh suaminya

Sumber : Ulanweblog.com <—– yang ini dinamakan backlink , sebab nama URL Ulanweblog ada di sini, bila orang klik, akan mengarah ke blog beliau.


Bagaimana Backlink berlaku

Seperti yang Ellen baca dan cuba aplikasikan sendiri, kebiasaannya Backlink berlaku dengan beberapa cara ini :-

1. Orang buat review terhadap blog kita, kemudian mereka letak link URL kita dalam post tersebut.

2. Apabila URL Link kita diletakkan dalam blogroll di blog lain.

3. Melalui komen2 kita di blog orang lain dengan meletakkan URL Blog [Ini hanya untuk blog yang amalkan do follow tapi kalo no follow pun tak da maknanya..nanti ellen sharekan plak pasal camana nak tau blog yang kita komen itu do follow atau no follow..hehe...Blog Ellen do Follow ya..so komen la banyak2..hehe]

4. Signature atau post kita di forum2 yang kita join dengan meletakkan URL Blog kita [ini jarang dilakukan sekarang, jum sama2 cuba]

5. Apabila kita sponsor sesuatu theme, link kita akan diletakkan di bawah theme tersebut…[yang ni..ellen memang fail..hehe]

Bila kita kaji secara lebih, ada beberapa hal penting yang harus kita perhatikan dalam backlink ini, Ellen cuba nak huraikan sedikit ya…hehe

1. Jumlah Backlink

Semakin banyak backlink yang masuk ke blog kita, maka, semakin bagus nilai blog kita di mata Google.

Semasa Entry ini ditulis, blog mummynemo.com ada 5937 backlink..syukur sangat2, eaalupun tidak sebanyak backlink yang diperolehi oleh blog2 yang lain, sekurang kurangnya ada juga yang Ellen dapat..hehe..korang pula berapa banyak??jum share kat bawah ya..

Untuk cek berapa backlink kita ada…boleh ke website ini:-

http://www.backlinkwatch.com/index.php

[Yang ini nak cek inbound backlink ya...]

2. Kualiti Backlink

Kualiti yang Ellen maksudkan ialah kualiti dimana [website] mana tempat backlink kita ni dipasang . Kualiti biasanya kita lihat melalui nilai PR(Pagerank] website tersebut. Contohnya:- Backlink kita terpasang di website yang ber PR tinggi [PR 2 ke atas] maka ia adalah lebih berkualiti daripada yang terpasang di PR2 ke bawah.

3. Anchor Text

Dalam backlink, Anchor text ini yang sangat memainkan peranan penting,

Apa itu Anchor text?

Anchor Link atau Anchor Text adalah sebenarnya satu link yang anda lihat di dalam mana-mana website dan ia merujuk kepada sesuatu topik atau perkataan (keyword) yang sesuai dan dilinkkan kepada page-page tertentu. Bila visitor click pada anchor text (hyperlink) tersebut, maka visitor itu akan di redirected kepada page yang telah ditetapkan di situ.

Untuk definisi  ini, Kredit untuk http://syed-ikhwan.com

Sekiranya blog kita selalu mendapat Anchor text yang baik dans sesuai, juga selalu dicari keywordnya , ianya juga akan turut menempatkan kita di kedudukan yang baik dalam enjin carian. Tetapi, sekiranya kita seringkali di berikan backlink dengan perkataan murah..hehe..seperti “klik di SINI”, maka peluang itu amat jauh sekali sebab kalo kita fikirkan…berapa ramai yang nak cari dalam enjin carian dengan perkataan “Klik di SINI”..hehe..fikir fikirkanlah..adeii..


Jenis Jenis Backlink

Backlinks ini pula sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenisnya iaitu :

1. One-way link
iaitu backlink satu arah, misal dari halaman website A ke halaman website B.
website A —–> Website B

2. Two-way links
Ialah backlink dua arah antara dua website. (exchange link)
website A< —–> Website B

3. Three-way links
Ialah bentuk yang banyak disarankan oleh pakar SEO,
website A —–> Website B—–> Website C—–> Website A


Situasi Pilihan Jenis Backlinks 

1. Website yang memberikan backlinks itu terkenal (PR tinggi@ SEO bagus), backlinks yang baik adalah backlinks jenis “1-ways”.

2. Website yang memberikan backlinks itu tidak terkenal (PR 0@ SEO Tidak hebat), maka backlinks yang sesuai adalah backlinks jenis 3-ways.

3. Text vs Banner:
- Banner links sebenarnya tidak begitu dikira kerana backlinks yang sebenar adalah backlinks yang berbentuk text.

Rasanya..cukuplah ellen membebel sini..adeii..kalo ada salah silap..maafkan ya..ini sekadar perkongsian dari orang yang memang tak tau apa2 tapi nak belajar dan ingin berkongsi…

Sumber : mummynemo.com


4 Responses to "Backlink dan jenisnya"