
Nasib buruk yang menimpa beliau ini merupakan rentetan masalah yang terpaksa dihadapinya sejak kehilangan jawatan presiden akibat rusuhan rakyat awal tahun ini. Kini, Gbagbo akan menghadapi pembicaraan berperingkat berkenaan dengan tuntutan jaksa di Kota Korgoro.
Beliau akan berhadapan dengan dua tuduhan utama iaitu mencuri dan menggelapkan wang rakyat. Menurut hakim, Simplice Kouadio Koffi, yang mengendalikan kes itu, untuk sementara waktu ini Gbagbo akan ditahan di Kota Korgogo dan sebarang perubahan lokasi akan dimaklumkan kemudian.
Dua pertuduhan yang dihadapi oleh Gbagbo merupakan yang pertama kali selepas penangkapannya pada April 2011 oleh anggota polis Presiden Alassane Ouattara.
Sebelum ini, Gbagbo telah menjadi presiden negara itu selama sepenggal, namun usaha beliau untuk mempertahankan kedudukannya tidak kesampaian apabila rakyat telah melakukan rusuhan.
Rusuhan itu berlaku kerana keengganan Gbagbo untuk meletakkan jawatan sebagai presiden walaupun beliau kalah dalam pemilihan pada November tahun lalu. Rusuhan ini telah mencetuskan perang saudara sehingga meragut ribuan nyawa dalam masa yang singkat.
Bukan sahaja Gbagbo yang berhadapan dengan tuduhan itu tetapi juga isterinya, menurut laporan Tribun Pontianak.co.id dari Associated Press pada jumaat bersamaan 19 Ogos 2011. Isteri beliau didakwa atas tuduhan cuba menjatuhkan ekonomi negara.
Tarikh pembicaraan kedua-dua pesalah ini belum ditentukan setakat ini. Sebelum ini, PBB telah menemui 68 mayat di lapangan bola sepak yang diyakini merupakan mangsa pembunuhan oleh kumpulan pro-Gbagbo pada 12 April iaitu sehari selepas Gbagbo ditangkap, menurut Guillaume Ngefa, Wakil Pengarah HAM PBB di Ivory Coast.
Ngefa juga mengatakan bahawa para penduduk di sekitar Yopougon telah dipaksa untuk menguburkan sejumlah mayat yang dibunuh. Pembunuhan tersebut difahamkan merupakan sebahagian reaksi balas dendam akibat penangkapan para askar yang bersembunyi di Gereja Baptis di Yopougon.
Sumber dalam bahasa indonesia : borakkosong.com
Salaml;
BalasPadamnilah padahnya pemimpin pengisap darah rakyat..