Tembak kepala sendiri

INDIANA - Seorang lelaki maut apabila beliau menembak kepalanya sendiri selepas kalah dalam permainan dengan anjing peliharaanya. Lelaki itu difahamkan mengalami tekanan keterlaluan sehingga sanggup mengajak anjingnya sendiri untuk bermain permainan Roussian Roulette hanya untuk menenangkan fikirannya.  

Roussian Roulette ialah satu jenis permainan yang memasukkan satu atau dua biji peluru ke dalam pistol sebelum penyimpan peluru diputarkan beberapa kali. Pistol kemudiannya akan diarahkan ke kepala sebelum picu ditekan.


Lelaki yang dikenali Russell Little cuba menghilangkan rasa tertekannya dengan cara paling ekstrem itu tidak menyangka, pistol yang diarahkan ke kepalanya mengandungi peluru. 

Menurut isterinya, dia ada melihat Little sedang duduk di halaman rumah selama beberapa jam sambil meminum sejenis minuman keras iaitu moonshine.

"Pada pukul 9 malam, beliau mengambil pistolnya dan dia memberitahu saya, beliau hendak bermain permainan Roussian roulette," kata isterinya.

"Beliau kemudiannya mencari anjingnya dan mengarahkan muncung pistol ke arah anjing tersebut sebelum menekan picu pistol. Bagaimanapun, tiada apa-apa tembakan berlaku kerana peluru di dalamnya bukan berada pada posisi untuk tembakan. Akibat kekalahan itu, beliau kemudianya menghalakan muncung pistol ke kepalanya dan menekan picu. Tanpa disangka tindakan itu telah meragut nyawanya sendiri,"  

Dalam kejadian itu, jiran tetangga yang turut berkumpul di sekitar tempat kejadian itu memberitahu mereka ada mendengar bunyi tembakan tetapi tidak mengetahui untuk apa tembakan itu. 

Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan. Hasil pemeriksaan melalui X-rays menunjukkan bahawa peluru masuk dari atas telinga lelaki itu dan tembus di sebelah kanan tengkoraknya.

Doktor sudah berusaha semampu yang mungkin untuk merawat Little namun semuanya sia-sia apabila beliau akhirnya mengembuskan nafas terakhir 45 minit kemudian. 

Sumber asal dalam bahasa indonesia : borakkosong.com

1 Response to "Tembak kepala sendiri"

  1. Salam;
    permainan utk org hilang pertimbangan akal..kalau nak mati telan je pil tidur sebotol..

    BalasPadam