Sebagai manusia yang menjalani kehidupan di dunia pastinya akan berhadapan dengan pelbagai masalah sejak dari kecil lagi. Ada pepatah mengatakan "life is so easy" tetapi ungkapan ini seolah-olah tidak benar pada realitinya. Kenapa ??? bukankah hidup ini mudah sebenarnya ??? .... samada anda setuju atau tidak, hidup ini sebenarnya mudah tetapi manusia itu sendiri yang menjadikannya kompleks.
Apakah sebab-sebabnya manusia memilih untuk menjadikan hidupnya kompleks ?? Untuk entri kali ini cerita-kosong-ku akan mengupas beberapa sebab utama yang boleh menjadi renungan para pembaca semua.
>> Pertama - manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki
Contoh - matlamat pelajar ialah untuk memperolehi kerja selepas habis belajar tetapi apabila dia sudah bekerja, matlamatnya berubah kepada ingin memiliki kerjaya lain yang bergaji tinggi. Kononnya dengan gaji tinggi, dia akan dapat membeli kereta, rumah, bantu keluarga, memiliki isteri yang cantik dan sebagainya.
Apabila sudah memiliki benda-benda tersebut, matlamat dia berubah kepada ingin menjadi jutawan dan memiliki perniagaan sendiri dan sebagainya. Selepas sudah memiliki aspek-aspek ini, matlamat dia berubah kepada ingin bersaing menjadi siapa top jutawan di Malaysia .... Tiada penghujung kan !!!
>> Kedua - manusia lupa bersyukur dengan apa yang dimilikinya
Contoh - dia sudah memiliki isteri yang sangat cantik tetapi selepas kahwin, dia suka memukul isteri bahkan mencari perempuan lain. Selepas kahwin, isterinya tidak lagi cantik jadi dia mahu cari perempuan lain yang cantik.
Dia tidak pernah bersyukur walaupun Allah sudah memberikan isteri yang cantik kepadanya. Kalau benar wanita itu bukan jodoh dia, kenapa mereka boleh kahwin ?? Istilah jodoh sebenarnya tidak benar bagi mereka yang sudah kahwin. Penyebab utama masalah penceraian ialah disebabkan oleh kedua-duanya yang tidak pandai menjaga hubungan dan tidak saling bertimbang rasa.
>> Ketiga - manusia sekarang bukan mengejar ilmu tetapi wang ringgit
Contoh - matlamat pelajar di universiti sekarang bukan untuk mengejar ilmu. Kalau benar mereka mengejar ilmu kenapa berlaku COPY & PASTE tugasan rakan-rakan sekelas ?? Kenapa pelajar universiti sekarang pandai mengutuk pensyarah apabila tidak diberi tips yang akan keluar dalam ujian dan peperiksaan ??
Kenapa pelajar universiti sekarang hanya belajar di perpustakan apabila ujian dan peperiksaan semakin dekat ?? Kenapa pelajar universiti sekarang tidak pernah tanya pensyarah semasa dalam kelas ??
Sebagai renungan kita bersama saja ....





0 Response to "Kenapa hidup manusia jadi kompleks ???"
Catat Ulasan