Pelakon lawak, aktor Rowan Atkinson yang sangat dikenali sebagai Mr. Bean, mengalami kecederaan ringan pada bahagian bahunya selepas kereta super yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dan menyebabkannya terbakar, menurut bahagian kecemasan.
Atkinson telah dikejarkan ke hospital untuk lawatan segera pada khamis lepas selepas kereta McLaren F1 yang dipandunya terbabas keluar dari jalan berhampiran kampung Haddon, Cambridgeshire, sebelum melanggar pokok dan lampu jalan.
Aktor yang berusia 56 tahun itu berjaya mengeluarkan diri dari keretanya yang terbakar sebelum ketibaan pihak bomba.
"Kami telah menerima panggilan berkaitan kemalangan yang membabitkan sebuah kereta di alamat A605 berdekatan dengan Haddon pada jam 7.30 pm kelmarin" kata jurucakap polis setempat.
"Pemandu kenderaan itu ialah seorang lalaki yang telah dikejarkan ke Hospital Besar Peterborough".
Daripada sumber polis, lelaki yang terbabit dalam kemalangan itu disahkan sebagai Atkinson.
Jurucakap ambulan memberitahu bahawa Atkinson telah mengalami kecederaan ringan pada bahagian bahunya.
Tabiat aktor tersebut yang suka memandu laju mungkin disebabkan oleh sikap terbawa-bawa oleh wataknya dalam siri Mr. Bean di mana beliau memandu kereta buruk mininya.
McLaren F1 merupakan salah satu pengeluar kereta terpantas di dunia dan kelajuannya boleh mencecah sehingga 370 km/h. Harganya sekitar £650,000.



0 Response to "Mr. Bean kemalangan"
Catat Ulasan