
Park menjadi salah seorang tunggak utama United meskipun sebelum ini beliau berdepan kritikan pihak lain yang mempertikaikan kesahihan perpindahannya dari PSV Eindhoven pada tahun 2005.
" Saya telah berseronok sepuasnya di United dengan setiap minit yang ada, " katanya. " Saya gembira kerana turut menjadi sebahagian daripada kelab ini terutamanya sekarang di mana kelab ini sedang dalam proses membentuk dan melatih satu lagi kumpulan pemain baru. "
" Saya akan berusaha semampu yang boleh untuk membantu United terus kekal di kemuncaknya. "
Ferguson memberitahu bahawa kelab itu telah menawarkan kontrak baru kepada Park semasa jelajah pra-musim United di Amerika Utara.
Park, 30 terus bersetuju dengan tawaran itu dan bersedia untuk menandatanganinya. Dengan kontrak baru ini, masa depan Park yang tidak pasti sebelum ini di United telah pun terjawab dan ianya lebih awal diselesaikan memandangkan United akan berkunjung ke West Brom untuk perlawanan pembukaan.
Park merupakan salah satu tonggak utama ketika United memenangi empat kejuaraan liga, tiga piala liga juara-juara eropah dan satu piala kelab dunia. Ferguson menganggap Park sebagai salah seorang pemain penting dalam United, apatah selepas dia mengambil keputusan lebih awal untuk bersara dari mewakili pasukan kebangsaan Korea Selatan. Secara tidak langsung, ini akan mengurangkan tahap keletihan yang perlu ditanggung oleh Park selepas seringkali kembali ke negaranya untuk mewakili pasukan kebangsaan.
" Ji merupakan salah seorang pemain penting kepada United dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, " kata Ferguson. "Dia mempunyai keupayaan yang luar biasa dan tenaga bahkan telah menjaringkan beberapa gol penting dalam perlawanan besar. "
" Dia merupakan idola rakan sepasukannya di United kerana pengalamannya di peringkat domestik dan antarabangsa iaitu suatu pengalaman tidak ternilai bagi pemain-pemain muda. "
Sumber : Soccernet.com
Salam;
BalasPadamalangkan banganya warga korea..bilakah pemain negara kita beraksi dikelab2 eropah
nda tau tp mcm safee ada sudah tawaran ni tp blm pasti lah...
BalasPadam