Sebuah patung besar terapung telah dipamerkan di bandar Hamburg, Jerman bermula 3 Ogos lalu. Patung yang menyerupai seorang wanita sedang mandi itu diletakkan di Tasik Picturesque Alster. Ia telah menarik ramai pelawat ke tasik itu bahkan ada yang sanggup menaiki bot kecil untuk melihatnya dengan lebih dekat.
Berdasarkan laporan terkini, patung terapung tersebut ialah ciptaan Oliver Voss, ketua akademi pengiklanan Sekolah Miami Ad. Patung yang dikenali sebagai
The Bather mempunyai ukuran ketinggian yang mencecah 3.9m dan panjang 29.4m. Ia direkabentuk seperti seorang wanita yang sedang berseronok mandi di tasik. Menurut laporan lagi, patung tersebut diperbuat daripada besi keluli dan stiforoam.
Walaupun patung
The Bather berjaya menarik perhatian pelawat ke tasik itu namun terdapat juga segelintir individu yang tidak menyukainya. Salah seorang daripadanya ialah Mayor Markus Schreiber yang menyifatkan patung
The Bather sebagai perosak dan pencemar kepada keindahan Tasik Picturesque Alster.
Patung perempuan terapung itu akan dipamerkan selama 10 sehari (sehingga 12 Ogos) di tasik tersebut sebelum dipindahkan.
Sumber asal
nice2!! heehee
BalasPadamdiana : mgknla kot kalu waktu mlm....tapi 10 hari tempoh pameran.
BalasPadamMenarik pun ada, seram pun ada, nasib baik diorang tak buat patung bogel..
BalasPadamyusuf : bogel la tu patung!!! air tasik tu je yg tutup bhgn sensitif patung ni...hehehehe
BalasPadamseram la k0t patung dalam tasik..huhu
BalasPadammacam scary pon ada jugak weh. haha
BalasPadam