Lee Chong Wei menakjubkan

Salam kepada para pembaca sekalian ...

Bagi korang yang telah mengikuti perkembangan perlawanan akhir sebentar tadi di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, kemenangan Lin Dan agak tipis kali ini. Boleh dikatakan kesilapan mudah daripada Lee Chong Wei merupakan antara penyumbang utama mata percuma kepada Lin Dan. Yang paling penting , ckk tidak lagi melihat apa2 perbezaaan jurang di antara kedua-dua pemain ini seperti pada perlawanan2 yang lepas. 



Lin Dan dikira bernasib baik malam ini iaitu satu keputusan yang cukup adil selepas Lin Dan pernah ditewaskan oleh Lee Chong Wei pada perlawanan akhir All England awal tahun ini. Tahniah untuk Lee Chong Wei !!! Beliau semakin hebat malahan apa yang saya perhatikan tadi , Lin Dan terpaksa bermain secara agresif iaitu satu corak permainan beliau yang jarang dikeluarkan @ dipertunjukkan ketika berdepan dengan mana2 pemain lain. Corak permainan sebegini pernah dipertunjukkan oleh Lin Dan pada perlawanan akhir olimpik 2008 di mana Lee Chong Wei telah dibelasah teruk.


Pada pendapat ckk ,  Lin Dan hanya menunjukkan corak permainan agresif sebegini pada set ke-2 dan ke-3. Pendapat ckk ini adalah berdasarkan corak pukulan Lin Dan yang banyak melakukan smash , permainan net nipis dan drive di kedua-dua set tersebut berbanding pada set pertama. Lebih membuktikan pendapat ckk ini ialah apabila Lin Dan membuka baju dan show melebih-lebih di hadapan penonton selepas sahaja memenangi perlawanan tersebut. Kelakuan Lin Dan sebegini amat jarang kelihatan dan kali terakhir ckk pernah melihatnya ialah ketika beliau memenangi olimpik 2008.


Secara rumusannya , ckk amat berpuas hati dengan keputusan perlawanan akhir kali ini kerana kedua-dua mereka sama hebat dan sukar untuk menentukan siapakah pemenang sebenar sebelum berakhirnya set ke-3. 


Tahniah untuk Lee Chong Wei !!! Anda memang hebat -- we are pround of you forever ... And you are legend >>>


2 Responses to "Lee Chong Wei menakjubkan"

  1. Aku tak sanggup tonton pada set penentuan tadi..masa tu aku pergi keluar jln2..

    BalasPadam
  2. hahaahha .. saya tension gila .. lalalalaala. apapun saya bangga dgn LCW.

    BalasPadam