Kemaruk memakan mentol lampu


TERRE HAUTE - Indiana - Seorang budak berumur 5 tahun, Natalie, menjadikan mentol lampu sebagai makanan pilihannya selain gemar memakan benda-benda pelik lain seperti kayu dan batu. Walaupun pernah mengalami keracunan makanan dan hampir meninggal dunia pada februari lepas selepas memakan mentol lampu, namun dia masih ketagih dengan benda tersebut sehingga kini.

Ibunya, Colleen, 31, setiap hari cuba mengingatkan anaknya tentang bahaya tabiat tersebut tetapi apabila Natalie gagal mendapatkan mentol sebagai makanannya, dia akan mencari batu dan kayu sebagai makanan ganti yang boleh didapati di taman rumahnya. Baginya, nikmat memakan batu dan kayu adalah sama seperti memakan biskut dan coklat.

"Pernah suatu ketika, dia sudah tidur di biliknya sementara saya sedang membasuh pinggan di dapur. Tiba-tiba saya mendapati dia sedang berjalan sambil memegang segumpal wayar kecil manakala mulutnya kelihatan berdarah. Rupanya, dia telah memakan kesemua mentol lampu di biliknya. Terkejut dengan peristiwa itu, saya terus bergegas membawanya ke klinik berdekatan," kata Colleen.


"Oleh kerana kecederaan tersebut agak kritikal dan melibatkan kanak-kanak bawah umur, doktor di klinik berkenaan terus menghantar kami ke Hospital Kanak-Kanak St. Vincent untuk rawatan lanjut. Setelah menjalani pembedahan mengeluarkan kaca di dalam badan Natalie, keadaannya bertambah baik. Kami terpaksa bermalam di hospital tersebut sebelum pulang pada keesokan harinya," sambungnya lagi.

Sejak peristiwa itu, Natalie sentiasa dipantau oleh ibunya bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi.

"Saya sentiasa risau dengan tabiat dia yang suka memakan makanan beracun terutamanya ketika saya tiada di sisinya. Saya sudah kira bernasib baik jika dia hanya memakan sekali sehari sahaja," tambah ibunya.

Sumber : abadiromeo.blogspot.com

7 Responses to "Kemaruk memakan mentol lampu"

  1. salam;
    apalah nak mkn benda tu semua..mungkin mula2 budak tak dijaga dengan betul, apa saja dicapai mesti masuk mulut lama kelamaan jadi biasa.

    BalasPadam
  2. alahai budak ni..xde bnda lain ke nak makan.. bukannya sedap pun... bahaya lak tu untuk organ dalaman.. ish2

    BalasPadam