Lelaki dipenjara kerana gigit ular

SACRAMENTO — Seorang lelaki berasal dari Sacramento, California, Amerika Syarikat, ditahan kerana mengigit seekor ular sawa, menurut laporan Associated Press pada Sabtu (3/9/2011).


Berdasarkan maklumat pihak polis, dua luka bekas gigitan di bahagian kulit ular sawa terpaksa dijahit untuk menghalang jangkitan dan pendarahan berterusan.
 
Pada Khamis (1/9/2011), pihak polis telah mendapat panggilan dari kawasan Del Paso Heights, sekitar pukul 18.30 waktu tempatan. Menurut salah seorang anggota polis di kawasan tersebut, Sersan Andrew Petti, beliau memberitahu bahawa peristiwa pelik itu diketahui melalui seorang individu yang melihat lelaki tersebut sedang bergelut dengan seekor ular sawa di tengah jalan.

Ketika pihak polis tiba di lokasi, mereka mendapati bahawa lelaki tersebut, David Senk, 54 , sedang terbaring di tengah jalan.

Seorang lelaki lain yang melihat peristiwa itu kemudiannya mendekati polis dan menuduh Senk menggigit ular sawa tersebut. Panjang ular sawa itu adalah sekitar 1 m. "Ada dua luka bekas gigitan pada tubuh ular itu," kata Pettit.
 
Senk kemudiannya ditahan atas sebab cuba mencederakan ular sawa tersebut. Dia ditahan dengan jaminan $10, 000.
 
Dalam wawancara dengan KXTL-TV, Jumat (2/9/2011), Senk mengatakan bahawa beliau tidak ingat apa-apa berkenaan peristiwa itu kerana beliau mabuk.

"Jika anda bertemu pemilik ular sawa itu, tolong sampaikan pesan maaf saya kepadanya. Saya akan menanggung semua perbelanjaan perubatan bagi ular sawa itu," kata Senk lagi.
 
Ular sawa itu diserahkan ke Pusat Rawatan Satwa Sacramento untuk rawatan lanjut. Akibat serangan Senk, ular sawa tersebut kehilangan sejumlah tulang iga.
 
Menurut petugas, ular berumur dua tahun itu mengalami luka yang cukup parah. "Kecederaan ular itu disahkan parah pada hatinya dan sepanjang sisi badannya," kata Gina Knepp, pengurus Pusat Rawatan Satwa Sacramento.
 
"Sehingga ini belum ada mana-mana individu yang mengaku sebagai pemilik ular tersebut," menurut Knepp.

Sumber : borakkosong.com

7 Responses to "Lelaki dipenjara kerana gigit ular"

  1. (=.=)|| sebab ular kena tangkap..ok~ ahahahaha

    BalasPadam
  2. err.. tak sukee ular.. tgk gambar pown tak ley :(

    BalasPadam
  3. ular tu pon kalah dengan die?

    aigooooo ! ;D

    BalasPadam
  4. apa ke pelik berita luar negara ni?pening pikir sekejap..heh

    BalasPadam
  5. gigit la ayam goreng lagi sodap!!

    BalasPadam
  6. waaa..menarik..nati ade x yg ditangkap kerana gigit harimau? :D

    BalasPadam
  7. die geram sgt dgn ular tu kot haha

    BalasPadam