Makan bangkai harimau elak gout
KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.
Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.
“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.
“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah.
Sumber : Harian metro

Salam;
BalasPadamharima makan manusia tak apa..kalau manusia mkn harimau kena tangkap dan denda...kalau manusia mkn batu dianggap bodoh..
x dak menda len ka nk makn..manusia2..hmmm
BalasPadamadehhh... inilah dinamakan kepercayaan....
BalasPadameyuckks!
BalasPadamherba2 lain banyak, apsal nak kena makan harimau...huhu
Adoyaii, memacam menda pelik skang nim. muahaha! :D
BalasPadameeww....kesian harimau kena mkn...x normal nya
BalasPadam