AUCKLAND - Kerajaan New Zealand secara rasmi memohon maaf kepada Perdana Menteri Australia, Julia Gillard setelah seorang pemandu bas mengusir beliau keluar dari bas ketika menaikinya untuk pergi ke Persidangan Kepulauan Pasifik di Auckland yang diadakan minggu lepas.
Pemandu itu telah mengarahkan Gillard untuk pindah ke bas lain ketika beliau bersama pemimpin lain hendak menaiki bas berkenaan.
Perkara itu berlaku disebabkan salah komunikasi di antara pemandu, pihak pengurusan bas dan kumpulan PM Australia.
Berdasarkan petikan dari Stuff.co.nz (15/9/2011), kejadian itu berlaku ketika para pemimpin tertinggi berkenaan hendak pergi ke pantai dari Sky City Grand Hotel pada khamis minggu lepas.
Akibat salah faham tersebut, pemandu bas berkenaan segera diberitahu perkara yang sebenar sebelum Gillard dibenarkan menaiki bas itu seperti yang sepatutnya, menurut seorang jurucakap Jabatan Dalam Negeri.
Walaupun Gillard tidak mempersalahkan pemandu berkenaan, khidmatnya telah digantung sepanjang berlangsungnya persidangan tersebut.

kesiannya dengan pemandu itu. Bukan salah dia pun. Nasib baik digantung sepanjang persidangan saja..
BalasPadamaishh..kesian pl
BalasPadam