ERIE - Pihak penguatkuasa Timur Laut Pennsylvania sedang menyiasat satu kes kecurian bersiri termasuk kehilangan sebuah pick-up yang kemudiannya dikembalikan dengan notis minta maaf.
Semua kejadian kecurian itu berlaku pada pagi isnin lepas di pekan Heidelberg. Pihak penguatkuasa mengesyaki bahawa kecurian itu dilakukan oleh orang yang sama.
Awal pagi isnin lepas, sekitar 3.00 a.m., dua pencuri dipercayai merompak sebuah rumah yang tidak berkunci dan mencuri beberapa peralatan rumah dan kad kredit.
Tidak lama selepas dua pencuri itu beredar dari rumah berkenaan, seorang pencuri lain telah mencuri sebuah kereta pick-up yang terletak di Blok 6200, Jalan Old Hanover. Jumlah jarak kereta berkenaan dipandu sebelum dikembalikan kepada pemilik adalah tidak diketahui.
Tiada kerosakan ditemui pada kereta pick-up itu. Ketika pihak penguatkuasa memeriksa bahagian dalaman kereta, mereka menemui sebuah notis pendek tanda minta maaf daripada pencuri itu yang ditulis dalam bahasa sepanyol.
Selepas kejadian kecurian pelik itu, satu lagi kejadian lain yang berlaku selang selepas itu apabila pemilik rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi amaran di pagarnya. Pemilik rumah itu bertindak dengan memasang lampu api. Pencuri itu melarikan diri selepas pemilik rumah itu melepaskan beberapa das tembakan amaran, menurut pihak polis.
Pencuri itu masih belum berjaya ditangkap. Pihak polis memberi amaran kepada orang awam supaya mengunci pintu rumah dan kenderaan masing-masing.
Sumber : huffingtonpost.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Salam;
BalasPadamkenapa pulangkan balik benda dah dicuri...mungkin pencurinya tak ada lesen memandu.
Hahahkk.. Rasenye big bos dia yang sruh kut... LOL~
BalasPadam