Sanggup berlari sejauh 30km setiap hari


Seorang pelajar SMA berasal dari China terpaksa menanggung keperitan apabila perlu berlari sejauh 30km setiap hari untuk pergi ke sekolah demi untuk mengurangkan kos perbelanjaan pengangkutan sebanyak RM5.00 sehari sejak 2 tahun lepas.

Walaupun Yan Mingqiang lahir daripada keluarga yang miskin namun status itu tidak pernah membuat beliau berputus asa dan malu. Ketika Yan mempunyai masa terluang, beliau akan menggunakan kesempatan itu untuk bekerja bagi mencari sumber kewangan tambahan.

Kedua ibu dan ayah Yan pula tidak dapat bekerja kerana mengalami sakit yang teruk. Ibunya hanya terbaring di katil dan tidak dapat bergerak. Kisah menyayat hati ini telah dilaporkan melalui satu laman web iaitu chinanews.com.

Di sebalik keperitan berlari setiap hari yang terpaksa dilalui oleh Yan, perkara ini secara tidak langsung melatih beliau untuk menjadi atlit larian jarak jauh, menurut salah seorang gurunya. Gurunya percaya, Yan boleh menjadi perlari jarak jauh yang baik suatu hari nanti.

Bagi Yan, perkara utama yang diharapkannya ialah supaya kedua orang tua beliau akan dapat sembuh secepat mungkin.

Sumber : idbite.com

10 Responses to "Sanggup berlari sejauh 30km setiap hari"

  1. patut rasa malu kat budak ni..kite yg mampu ni malas2 nak g skolah

    BalasPadam
  2. d saat kita mengeluh itu ini, rupanya ada insan lain yang lagi susah...

    semoga ujian ini akan menguji kesabaran keluarga ini

    BalasPadam
  3. tabah giler...leh wat calon somi nieyh.haha

    BalasPadam
  4. anak muda/student kita ni kalau dah senang..lagi nak cari senang,..tu pasal kekadang kehendak ibubapa selalu tak kesampaian. Salam kenal dari pCL.

    BalasPadam
  5. Salam;
    semangat kental cam nilah susah nak jumpa sekarang...

    BalasPadam
  6. sedih la baca ni entry... rasa nak kluar pulak air mata,,, tersentuh.. smoga Tuhan memberikan ktabahan dlam hdup plejar ni..

    BalasPadam