Suami minum darah isteri selama 3 tahun


Kejadian yang menimpa Deepa Ahirwar bukan sebahagian dari sebuah adegan filem seram. Wanita muda ini menceritakan penderitaan yang dialaminya sejak berumah tangga apabila suami meminum darahnya selama tiga tahun.

Deepa, 22, telah berkahwin dengan seorang petani, Mahesh Ahirwar di Shikarpura, Madya Pradesh, India. Setelah berkahwin dia bukannya mendapat perlindungan dan kasih sayang tetapi sebaliknya terpaksa menanggung penderitaan akibat kekejaman suaminya sendiri.

Berdasarkan maklumat yang dipetik dari media Times of India, Deepa telah menceritakan kelakuan pelik suaminya sejak berkahwin.

"Dia mengambil darah dari lengan saya secara suntikan, menuang darah tersebut ke dalam gelas dan kemudian meminumnya. Dia melakukan perkara tersebut secara rutin selama tiga tahun. Dia akan mengancam saya jika menceritakan hal itu kepada orang lain."

Selepas beberapa bulan menjadi suami isteri, Mahesh mulai minum darah isterinya dan tidak mahu berhenti walaupun isterinya sedang hamil. Namun setelah anak mereka lahir pada awal tahun lalu, Deepa mula melawan dan menghalang suaminya daripada meminum darahnya. Disebabkan melawan, Deepa dipukul tanpa belas kasihan oleh suaminya.

Tanpa pengetahuan suami pada Julai lalu, dia menyelinap keluar rumah bersama bayinya dan menceritakan kejadian tersebut kepada ayahnya. Ayah Deepa terus membuat laporan kepada Pihak Polis Patera. Bagaimanapun, Pihak Polis Patera telah menolak kes tersebut atas sebab kejadian sedemikian adalah dibawah tanggungjawab Pihak Polis Hindoriya.

Di Balai Polis Hindoriya, dia diarahkan berjumpa dengan bahagian kaunseling wanita tetapi kesnya tidak diterima. Namun, hasil bantuan penduduk Shikapura, kes keganasan tersebut berjaya dibongkar sebelum tindakan menangkap suaminya dibuat oleh pihak polis.

Sumber : itsmesaiful.blogspot.com

9 Responses to "Suami minum darah isteri selama 3 tahun"

  1. suami dia tu vampire ke..huhuhu

    BalasPadam
  2. Salam;
    Agaknya lelaki tu dah jadi Raja bersiong.

    BalasPadam
  3. hahaha ..
    ngek ..sedap sgt ke ?
    xtumbuh siung ke laki die tu ?
    gile =.=

    BalasPadam
  4. vampire ape suami dye?? ahahha

    tak pasal2 nk minum drh org..ish2

    BalasPadam
  5. cerita tentang dracula kembali terangkat...

    kebenaran tentang dracula memang seperti nyata adanya...

    BalasPadam
  6. kesian...i lihat pun takut lah...x ada kemanusiaan..isis..

    BalasPadam