HANOVER (Jerman): Alex Ferguson sekali lagi tidak bersama pasukannya kelmarin kerana beliau berusaha keras untuk mendapatkan tandatangan ketua pasukan Arsenal, Robin van Persie.
Bos Manchester United itu kekal di England dan terlepas perlawanan persahabatan kedua dalam tempoh seminggu apabila Manchester United bangkit menewaskan kelab Bundesliga Jerman, Hannover 4-3.
Ferguson terdesak untuk mencapai kata persetujuan dengan Gunners ketika beliau mahu membawa Van Persie dengan harga USD20 juta (RM98 juta) ke Old Trafford sebelum pasukannya memulakan aksi Liga Perdana Isnin depan.
Dan beliau terlepas peluang menyaksikan penyerang semasanya mempamerkan aksi bertenaga dengan Wayne Rooney menyumbang dua gol ketika mereka bangkit pada babak kedua.
Rooney berkata: “Kami mungkin tidak banyak menjaringkan gol pada pramusim jadi adalah bagus untuk menjaringkan beberapa gol ketika musim baru semakin tiba.
“Beberapa pemain antarabangsa sudah kembali bersama pasukan dan kami kelihatan cergas dan bertenaga setiap perlawanan.
“Harapnya menentang Everton Isnin depan kami bersedia dan ia pasti satu perlawanan sukar.”
Sumber : Harian Metro Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "Ferguson terdesak dapatkan tandatangan RVP"
Catat Ulasan