Labah-labah huni telinga gadis cantik selama 5 hari

BEIJING 11 Ogos - Kita biasa mendengar atau terbaca kisah manusia termakan atau tertelan labah-labah ketika tidur.


Namun, lain pula kisah di China, apabila seekor labah-labah didapati 'menghuni' di dalam telinga seorang wanita selama lima hari.

Labah-labah itu dipercayai masuk ke dalam telinga wanita itu ketika dia sedang tidur.

Wanita tersebut yang enggan dikenali menemui doktor Liu Sheng di Hospital Pusat Changsha selepas mengadu sakit gatal di dalam telinganya.

Pemeriksaan Sheng mendapati, seekor labah-labah bersembunyi di dalam lubang telinga wanita itu.

Sheng berkata, wanita itu bernasib baik kerana dia tidak cuba menggaru telinganya yang boleh menyebabkan labah-labah itu menggigit atau masuk lebih jauh lagi ke dalam lubang telinganya.


Sheng berkata, pada mulanya dia dan pasukan perubatan merancang untuk mengeluarkan serangga berbisa itu menggunakan penyepit kecil, namun mereka membatalkan hasrat itu kerana khuatir labah-labah terbabit akan menyengat pesakit.

Sebaliknya, Sheng memasukkan air garam ke dalam telinga wanita itu dan menunggu labah-labah tersebut keluar dengan sendirinya. "Dia bernasib baik kerana tiada telur labah-labah ditemui di dalam telinganya," kata Sheng.

Sumber : Utusan Malaysia Online

0 Response to "Labah-labah huni telinga gadis cantik selama 5 hari"

Catat Ulasan