Polis temui kepala dan kaki wanita di sungai

MONTREAL: Polis negara ini semalam menemui kepala yang dipercayai anggota tubuh wanita yang dikerat di timur wilayah Ontario dekat Toronto, selepas menjumpai kaki yang putus daripada sungai sama.


Pihak berkuasa di pejabat koroner cuba untuk memastikan sama ada bahagian tubuh ditemui di Sungai Credit milik individu sama dan berapa usia dan tinggi mangsa.

Kuku pada kaki yang putus itu diwarnakan dengan pewarna kuning yang memberi petunjuk ia adalah milik seorang wanita. Selepas penemuan mengerikan itu, polis melancarkan pencarian di kawasan itu bagi mencari bahagian tubuh yang lain, tetapi hanya kepala yang ditemui selepas 24 jam.

Sumber : Harian Metro Online

0 Response to "Polis temui kepala dan kaki wanita di sungai"

Catat Ulasan