AKTRES Bollywood yang merupakan pelakon lucah, Sunny Leone
menjelaskan, dia ingin berehat selama setahun daripada berlakon dalam
filem porno walaupun ia sudah sebati dengan namanya.
Sunny
memberitahu sebuah akhbar utama di India bahawa dia akan menumpukan
perhatian terhadap tawaran berlakon filem arus perdana.
"Saya
akan semakin sibuk dalam dunia Bollywood untuk sekurang-kurangnya dalam
tempoh setahun. Jadi, dalam tempoh itu saya tidak akan terlibat dalam
apa-apa produksi lain.
"Biarlah produksi pornografi
itu meneruskan filem-filem mereka, tetapi buat masa ini saya tidak akan
terlibat," kata pelakon filem Jism 2 itu.
Dalam pada
itu, Sunny semakin menunjukkan minatnya kepada dunia lakonan yang lebih
'bersih' apabila menyatakan kegembiraannya terlibat dalam industri itu.
"Gelaran
sebagai pelakon lucah sukar untuk disisihkan daripada diri saya, tetapi
ia bukan lagi menjadi sasaran. Apa yang saya mahukan ialah melakukan
kerja yang terbaik dan dihargai.
"Saya berlakon di
Bollywood kerana ia mempersonakan saya. Oleh itu saya terima sahaja
apa-apa tawaran yang diberikan. Saya mahu lakukan apa sahaja yang boleh
membuatkan saya berbangga," kata Sunny.
Sumber : Harian Metro Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "Sunny berehat setahun berlakon filem $eks"
Catat Ulasan