Akhirnya - Bomoh penipu dipenjara 45 tahun

Akhirnya, seorang bomoh lelaki berusia 38 tahun yang melakukan penipuan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun. Moga-moga dengan hukuman ini, lelaki tersebut akan insaf dan menyesal dengan perbuatannya serta bertaubat. Ikuti paparan berita tentang lelaki ini yang dipetik dari kosmo.

JOHOR BAHRU – Seorang pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret di sini semalam.


Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias menjatuhkan hukuman itu selepas Omar Mohamad, 38, mengaku bersalah atas dakwaan penipuan kononnya boleh mengganda wang, mengelak wang daripada disedut makhluk halus dan membersih barang kemas daripada saka.

Omar didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana melupuskan barang kemas bernilai RM20,000 dengan memajak harta tersebut untuk kegunaan sendiri. Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara lima tahun, sebat dan denda.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi 14 tuduhan lain kerana menipu boleh menggandakan wang, mengelak wang simpanan disedut mahkluk halus dan membersihkan wang daripada saka. Dia boleh dihukum penjara 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


1 Response to "Akhirnya - Bomoh penipu dipenjara 45 tahun"

  1. Very nice post. I simply stumbled upon your blog and wished to say
    that I have truly enjoyed surfing around your weblog posts.
    After all I will be subscribing to your rss feed and I am hoping
    you write once more soon!

    my web page :: self build home

    BalasPadam