Dua lelaki dibakar hidup-hidup kerana curi lembu


JAKARTA - Penduduk Kampung Lau Bakeri di Kutamlimbaru, Deli Serdang, memukul dua penduduk dikenali sebagai Ricardo dan Kristian dan membakar mereka hingga mati, kelmarin.

Penduduk kampung menuduh mereka mencuri lembu.

Seorang saksi, dikenali sebagi Bob berkata, Ricardo dan Kristian berada di dalam kereta Innova.

“Seseorang tiba-tiba menjerit (ke arah Ricardo dan Kristian) dan penduduk terus mengejar mereka,” katanya, semalam.

Penduduk kampung merosakkan kereta itu dengan kayu dan parang dan akhirnya membakar Ricardo dan Kristian.

Sumber: Harian Metro


0 Response to "Dua lelaki dibakar hidup-hidup kerana curi lembu"

Catat Ulasan