Isteri gigit kemaluan suami hingga putus


COLOMBO - Seorang lelaki Sri Lanka terpaksa menjalani pembedahan selepas isterinya menggigit putus zakarnya ketika bertengkar semalam.

Menurut doktor, Chandana Pradeep, 30, dikejarkan ke hospital luar bandar di Andapana, 180 kilometer di selatan Colombo, selepas pertengkaran dengan isterinya menjadi ganas.

“Kira-kira tiga per empat kemaluan Chandana digigit hingga putus,” katanya.

Doktor berkata, selepas pendarahan dihentikan, Chandana dirujuk ke pakar urologi di Karapitiya untuk melihat sama ada organ itu boleh disambung semula.

Polis berkata, pasangan terbabit bertengkar apabila Chandana berang kerana isterinya enggan memberi wang untuk membeli arak.

Sumber: Harian Metro

0 Response to "Isteri gigit kemaluan suami hingga putus"

Catat Ulasan