Kanak-kanak 9 tahun dicabul datuk tiri sendiri


JERANTUT – “Harapkan pagar, pagar makan padi” seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencabul cucu tirinya yang berusia sembilan tahun.

Kejadian cabul itu berlaku di rumah nenek mangsa dekat FELDA Sungai Tekam di sini.

Ketua Polis daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, kejadian terbabit dimaklumkan abang mangsa yang berusia 12 tahun kepada ibunya, 32, yang pulang ke rumah berkenaan sebelum laporan polis dibuat semalam.

“Kedua-dua beradik itu menetap bersama neneknya di sini, manakala ibunya pula bekerja di Kelantan. Kejadian dipercayai berlaku sejak Jun lepas,” katanya di sini hari ini.

Azid berkata, suspek berusia 40-an bekerja sebagai penoreh getah dan berkahwin dengan nenek mangsa, berusia 50-an sejak 13 tahun lalu.

Katanya, suspek ditahan polis 3 petang semalam di rumahnya dan kini ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis daerah Jerantut selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber: mynewshub 

0 Response to "Kanak-kanak 9 tahun dicabul datuk tiri sendiri"

Catat Ulasan