Kontrak Peter Butler sah ditamatkan


Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menamatkan khidmat ketua jurulatihnya, Peter Butler dengan memberi sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai pampasan.

Surat penamatan kontrak yang ditandatangani Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh diserahkan kepada jurulatih berbangsa Inggeris berusia 46 tahun itu, kelmarin.

Abdullah yang ditemui semalam berkata, seperti termaktub dalam perjanjian, jurulatih yang digantung daripada aktiviti bola sepak selama sebulan atau lebih boleh ditamatkan kontraknya.

Sehubungan itu, katanya dalam kes Butler, PBSNT berhak menamatkan kontraknya kerana jurulatih itu kini menjalani hukuman penggantungan selama enam bulan.

“PBSNT cuma perlu memberi sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai pampasan untuk menamatkan kontraknya yang masih berbaki 15 bulan itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

0 Response to "Kontrak Peter Butler sah ditamatkan"

Catat Ulasan