Seekor ikan hidup dalam paru-paru budak 12 tahun


INDIA – Dunia perubatan di India kali ini dikejutkan dengan satu kes misteri. Seekor ikan telah dijumpai di dalam paru-paru seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun, Anil Barela.

Para doktor telah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ikan dari paru-paru kanak-kanak itu. Pembedahan itu mengambil masa selama 45 minit.

Dr Pramord Jhawar yang merupakan pakar bedah paru-paru berkata ini adalah kes pertama yang dijumpainya setelah berkhidmat selama 20 tahun sebagai doktor.

“Ikan itu hidup di dalam paru-paru budak berkenaan,” katanya.

Kanak-kanak itu telah menelan ikan sepanjang 9 cm ketika bermain di sungai bersama rakan-rakannya di daerah Madhya Pradesh.

Memetik dari The Times of India, kanak-kanak itu memang biasa menelan ikan yang hidup.

Namun, ketika kanak-kanak itu menelan ikan tersebut, ianya telah masuk ke saluran pernafasan.

Kanak-kanak itu mengetahui akan kejadian itu apabila dia mengalami masalah pernafasan.

Selepas pemeriksaan dilakukan melalui x-ray, ternyata ada seekor ikan yang masih hidup di dalam paru-parunya.

Sumber: mynewshub.my


0 Response to "Seekor ikan hidup dalam paru-paru budak 12 tahun"

Catat Ulasan