Sektor swasta di Malaysia antara tertinggi kes rasuah


MANILA - Amalan rasuah di sektor swasta meningkat di Lingkaran Pasifik ketika ekonomi global merudum, dengan reputasi negara di rantau itu berada di tahap amat buruk, kata seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pegawai Program Pembangunan PBB, Samuel De Jaegere, berkata syarikat di Indonesia, Mexico, China dan Russia berkemungkinan besar memberi rasuah ketika berurusan di luar negara.

Kenyataan itu dibuat De Jaegere dengan memetik laporan Indeks Pembayar Rasuah 2011.

“Kajian terbaru Ernst & Young menunjukkan amalan rasuah meningkat 26 peratus bagi sektor swasta di China dan 52 peratus di Indonesia,” katanya di forum antirasuah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), semalam.

Kata De Jaegere, antara 75 peratus dan 93 peratus kes rasuah didakwa di mahkamah di Hong Kong dan Singapura juga membabitkan pekerja sektor swasta. Katanya, China, Russia, Mexico dan Malaysia - yang menganggotai APEC - antara lima negara teratas terbabit dalam kegiatan haram itu bagi tempoh 2000 hingga 2008.

Memetik Laporan Integriti Kewangan Global, De Jaegere berkata, China berada di kedudukan tertinggi senarai itu dengan nilai rasuah sebanyak AS$2.18 trilion (RM6.7 trilion).

“Jumlah aliran modal yang dihasilkan daripada aktiviti haram meningkat di rantau APEC,” katanya.

Sumber: Harian Metro

0 Response to "Sektor swasta di Malaysia antara tertinggi kes rasuah"

Catat Ulasan