Guru sekolah gigit tangan pelajar


Seorang pelajar tahun enam yang dikenali sebagai Farhan mendakwa tangan kirinya digigit oleh seorang guru sekolah hanya kerana tidak dapat menyebut perkataann boy's dengan betul. Kejadian ini berlaku di sebuah sekolah, di Bandar Sri Putra.

Berikutan kejadian jam 8 pagi khamis lalu itu, Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat adik-beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru gigit tangan kirinya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik - kosmo


0 Response to "Guru sekolah gigit tangan pelajar"

Catat Ulasan