Hatrik Cristiano Ronaldo bantu Real Madrid benam Ajax Amsterdam 4-1



Awal pagi tadi merupakan satu lagi malam cemerlang bagi Cristiano Ronaldo apabila menjaringkan gol hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Ajax Amsterdam, 4-1. Satu lagi gol Real Madrd diperolehi menerusi Karim Benzema pada minit ke-48.

Gol-gol Ronaldo dijaringkan pada minit ke-42, 79 dan 81, membolehkan beliau terus menutup kritikan daripada para penyokong kelabnya sendiri kerana persembahan hambar beliau sebelum ini dan juga kontroversi perpindahannya. Gol tunggal Ajax Amsterdam pula dijaringkan oleh N. Moisander pada minit ke-56.

Ini merupakan kemenangan kedua bagi Real Madrid daripada 6 perlawanan peringkat kumpulan D. Sebelum ini, Ronaldo turut menjadi wira ketika membenam Manchester City beberapa minggu lalu selepas menjaringkan goal kemenangan pada minit-mint akhir.

0 Response to "Hatrik Cristiano Ronaldo bantu Real Madrid benam Ajax Amsterdam 4-1"

Catat Ulasan