Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan berkahwin


Bintang Bollywood, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan berkahwin pada Selasa di sebuah majlis secara kecil-kecilan di Mumbai selepas bercinta selama lima tahun, lapor agensi berita Press Trust of India.

Beberapa kawan dan ahli keluarga menghadiri upacara berkenaan di rumah Khan.

Selepas majlis itu, Kapoor, 32, dan Khan, 42 melangkah keluar ke beranda untuk menemui para peminat yang menantikan kemunculan mereka berdua. Khan mempunyai dua anak, hasil perkahwinan terdahulu. - mStar


0 Response to "Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan berkahwin"

Catat Ulasan