Keputusan Penuh Final Badminton Denmark Open 2012


Berikut ialah Keputusan Penuh Final Badminton Denmark Open 2012. Perlawanan akhir Badminton Denmark Open 2012 baru sahaja selesai berlangsung tadi dengan Lee Chong Wei menjuarai Denmark Open 2012 selepas menewaskan pemain China, Pengyu Du, 15-21, 21- 12, 21-19. Bagaimanapun, satu lagi wakil negara yang turut mara ke perlawanan akhir, Kien Keat Koo/Boon Heong Tan, gagal mengikut jejak Chong Wei selepas tewas kepada pasangan beregu Korea, Baek Choel Shin/Yeon Seong Yoo, dengan keputusan, 19-21, 21-11, 21-19.

Kemenangan Chong Wei ini merupakan hadiah terbesar beliau yang bakal melangsungkan perkahwinannya dalam masa terdekat dengan bekas pemain nombor negara, Wong Mew Choo. Tahniah diucapkan kepada Chong Wei. Bagi Kien Keat Koo dan Boon Heong Tan pula, mereka perlu terus memperbaiki permainan mereka agar mampu bersaing dengan beregu hebat dari Korea, Indonesia dan China.



0 Response to "Keputusan Penuh Final Badminton Denmark Open 2012"

Catat Ulasan