Keputusan Penuh Harimau Muda A vs Geylang United 24 Oktober 2012


Keputusan penuh Harimau Muda A vs Geylang United 24 Oktober 2012 bagi Singapore S.League. Berikut ialah keputusan penuh Harimau Muda A vs Geylang United 24 Oktober 2012 yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi. Kemenangan menjadi milik Harimau Muda A selepas menewaskan Geylang United, 3-1, hasil jaringan Irfan Fazail minit ke-16, Gary Robbart ke-57 dan Wan Zan Haikal ke-82, manakala gol tunggal Geylang United pula dijaringkan oleh Jozef Kaplan melalui sepakan penalti pada minit ke-90.

Sebagai info, Harimau Muda A kini mengumpul 41 mata dan menghuni tangga ke-3 dalam Carta Singapore S. League hasil 13 kemenangan, 2 seri dan 7 kekalahan. Tahniah diucapkan kepada Harimau Muda A kerana mampu menjadi Top 3 Singapore S.League yang sememangnya terkenal dengan kehadiran ramai pemain import.




0 Response to "Keputusan Penuh Harimau Muda A vs Geylang United 24 Oktober 2012"

Catat Ulasan