Lelaki ditembak bertubi-tubi kerana tidak cium nenek berusia 92 tahun


Seorang wanita yang dikenali Helen Staudinger, berusia 92 tahun akan berdepan hukuman penjara setelah menembak seorang lelaki yang juga jiran tetangganya, Dwight Bettner, 53, hanya kerana menolak menciumnya.

Helen telah menembak rumah Bettner sebanyak empat kali sehingga menyebabkan kerosakan teruk sebahagian rumahnya dan nyaris meragut nyawa Bettner dan ayahnya. Wanita itu dipercayai tidak berpuas hati kerana Bettner telah menolak pelawaan Helen untuk menciumnya.
“Kepala saya nyaris terkena tembakan. Saya amat terkejut kerana tidak menyangka Helen akan bertindak sedemikian. Memang saya akui telah menolak untuk menciumnya sehingga menyebabkan Helen marah, namun dia tidak sepatutnya menembak rumah saya," jelas Bettner.
Bettner merupakan jiran tetangga baru Helen sejak enam bulan lalu. Helen sendiri mengaku begitu terpikat dengan Bettner. - Foxnews


0 Response to "Lelaki ditembak bertubi-tubi kerana tidak cium nenek berusia 92 tahun"

Catat Ulasan