Maharaja Lawak Mega musim ke-2 2012


Teruja dengan Maharaja Lawak Mega musim ke-2? Jangan risau, Maharaja Lawak Mega musim ke-2 kini kembali lagi bagi tahun 2012. Ganjaran wang tunai RM500,000 bakal menanti juara program komedi terbesar, Maharaja Lawak Mega musim ke-2.

Program Maharaja Lawak Mega musim ke-2 yang akan mula disiarkan secara langsung melalui Astro Warna dan pakej Mustika serta Mustika HD pada jam 10 malam, 16 November ini, akan mengekalkan format sama.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, berkata berikutan kejayaan Maharaja Lawak Mega musim pertama, Astro mahu mengangkat program komedi ke tahap paling tinggi.
“Jadi segala-galanya harus berubah termasuk hadiah wang tunai. Jika tahun lalu, juara Osbon (Abon dan Os) membawa pulang wang tunai RM350,000, kali ini johan akan memenangi RM500,000,“ katanya ditemui pada majlis sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, kumpulan pelawak popular Jozan sah menyertai program realiti ini, sekali gus menjawab teka-teki kononnya mereka berpecah. Kumpulan Boboi yang disertai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik turut membuat kejutan apabila menambah anggota baru iaitu Nabil Ahmad.

Maharaja Lawak Mega musim ke-2 juga memperkenalkan satu kerusi panas yang akan mempertandingkan tiga kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu. Salah satu daripada mereka akan layak menyertai menyertai program ini. - Berita Harian 


2 Responses to "Maharaja Lawak Mega musim ke-2 2012"