Perempuan cantik dipenjara 3 tahun kerana masak telur


Seorang pelajar perempuan cantik dikenakan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Ukrain kerana memasak telur di atas nyalaan api yang terletak di bahagian dalam sebuah batu peringatan Perang Dunia Kedua, sebagai tanda protes terhadap polisi kerajaan.

Hanna Sinkova, 21, didapati bersalah kerana menghina dan tidak menghormati Kuburan Batu Tentera Tidak Diketahui, di Kiev. Sinkova yang merupakan ahli kumpulan remaja pelampau dikenali The Brotherhood of St. Lucas, menjelaskan, tujuan beliau berbuat demikian ialah untuk mendapatkan perhatian daripada kerajaan tentang keadaan miskin bekas-bekas tentera perang yang tidak terbela. 
"Ianya sebagai tanda bahawa warga emas dan orang miskin akan segera mati seperti memasak makanan di atas nyalaan api itu, kerana nasib mereka tidak terbela, dibiarkan miskin, tiada makan yang cukup dan terus hidup merempat," katanya, dipetik dari News Yahoo.
Menurut statistik rasmi, purata pencen bulanan yang diterima dari kerajaan republik Soviet tahun lepas hanya RM420. Sinkova berkata, dia akan menentang ketidakadilan mahkamah sehingga semua pengkhianat akan dihukum setimpalnya.


0 Response to "Perempuan cantik dipenjara 3 tahun kerana masak telur "

Catat Ulasan