Statistik Blog Pelbgaimacam bagi September 2012 berdasarkan data Histats

Aku akan membuat sedikit analisis berkenaan dengan statistik blog aku iaitu pelbgaimacam bagi bulan September 2012, menggunakan data dari Histats. Selain nuffnang, Histats juga merupakan salah satu website yang sering digunakan oleh blogger untuk mengetahui jumlah trafik blog masing-masing.

Seperti yang korang perhatikan statistik blog di bawah, jumlah UV ialah 50,237 manakala PV ialah 128,184. Secara nisbahnya, setiap satu pelawat akan membuka halaman blog ini pada kadar 2 hingga 3 kali. Jumlah pelawat baru yang dicatatkan ialah 28,756 bersamaan dengan 57% daripada keseluruhan pelawat yang memasuki blog ini.


Kalau perbandingan dibuat di antara statistik blog bagi bulan Ogos dan September, peningkatan ketara berlaku. Perhatikan statistik blog bagi bulan Ogos di bawah. UV yang dicatatkan bagi bulan Ogos hanyalah 17,111 manakala PV ialah 42,942. Jumlah pelawat baru pula ialah 11,385. Perbezaan yang ketara pada bulan September memberikan sedikit harapan dan motivasi kepada aku untuk terus berblog dengan sabar. Mungkin perkara ini patut dibanggakan kerana adanya kemajuan dalam dunia blog.


Berdasarkan syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan Iklan Innity, UV mesti 40,000 ke atas manakala PV ialah 200,000 ke atas setiap bulan. Secara perbandingan di antara UV dan PV blog aku dengan syarat-syarat kelayakan Iklan Innity, didapati hanya PV yang masih perlu dipertingkatkan agar mencapai atau melebihi 200,000 sebulan.

Dengan mengetahui kelemahan ini, usaha akan terus dipertingkatkan untuk mendapatkan PV yang melebihi 200,000. Setakat ini, aku sudah mencuba kebanyakkan tips meningkatkan PV yang dikongsikan oleh banyak blogger, namun masih belum menampakkan hasil yang ketara, dengan PV kini masih berada pada kadar 2 hingga 3 kali jumlah UV.

Kepada setiap blogger yang ada kesempatan untuk membaca artikel analisis ini, anda sangat dialu-alukan untuk memberikan komen, nasihat, tips dan teknik khusus bagaimana meningkatkan PV blog aku dengan jumlah UV tetap malar atau tidak berubah.


2 Responses to "Statistik Blog Pelbgaimacam bagi September 2012 berdasarkan data Histats"

  1. waaah, banyak UV dan PV bro bulan ni, aku punye skit jer, tak sampai separuh dari bro .. huhu

    BalasPadam