Sedang mencari Borang Permohonan BR1M 2.0 kali kedua? Borang Permohonan BR1M 2.0 kali kedua kini boleh dimuat turun bermula 1 November 2012. Untuk info, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Mereka telah layak secara automatik.
Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti dinyatakan pada link di atas, boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya:-
- Salinan kad pengenalan
- Penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji
Borang boleh didapati secara percuma menerusi:-
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jika bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan.
Pendaftaran secara online (sistem dalam talian) bagi bantuan tunai RM500 untuk isi rumah dan bantuan tunai RM250 untuk individu bujang ataupun pengemaskinian borang BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan (link) di bawah:-
https://ebr1m.hasil.gov.my/
Jika masih ada kekeliruan dengan syarat permohonan BR1M anda boleh rujuk nota pada laman pendaftaran tersebut. Manakala bagi panduan mengisi borang menggunakan sistem atas talian anda boleh klik:-
Panduan Sistem Dalam Talian (Online)
Untuk mengisi borang permohonan secara manual pemohon boleh memuat turun (download) borang permohonan dengan klik pada pautan di bawah:
Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0)
Borang yang telah diisi secara manual dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke cawangan LHDNM yang berdekatan dengan anda atau kaunter LHDNM. - onenewshub.blogspot.com
0 Response to "Borang Permohonan BR1M 2.0 kali kedua"
Catat Ulasan