Datuk K akhirnya pulang ke Malaysia pada 1 Jan 2013


Datuk K akhirnya pulang ke Malaysia pada 1 Jan 2013. Isteri kepada Datuk Khalid (atau juga dikenali Datuk K) iaitu Datuk Siti Nurhaliza dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa beliau dan suami telah pun selamat pulang ke tanah air sejak 29 Disember lalu setelah lebih dua minggu berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

Sejak Datuk K ditimpa kemalangan sewaktu menunggang motorsikal Harley Davidson dan mendapat rawatan di Invercargill, pihak media khususnya sentiasa menanti perkembangan terkini beliau daripada pihak keluarga mahupun Datuk Siti Nurhaliza sendiri. 



Justeru, menerusi kenyataan hari ini, Datuk Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kondisi suaminya kala ini kembali pulih dan sedang mendapat rawatan fisioterapi di atas kecederaan tangan yang dialami beliau.

Menurut Datuk Siti, memandangkan suaminya masih lagi mendapatkan rawatan akibat kemalangan tersebut, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian untuk sentiasa berada di sisi suaminya. Oleh yang demikian, pihak Datuk Siti Nurhaliza dan keluarga sangat berharap agar mereka diberikan ruang dan masa untuk menghadapi situasi ini sehingga Datuk K pulih.


Datuk Siti juga memohon kemaafan kerana pihak beliau tidak dapat memenuhi permintaan media dan pihak-pihak lain yang mahu mendapatkan kenyataan secara langsung daripada beliau ataupun menemui Datuk Khalid sendiri tetapi berharap agar kenyataannya hari ini akan diterima ramai.

Datuk K yang masih menjalani beberapa rawatan susulan pada masa ini dinasihatkan oleh pihak doktor untuk berehat dan juga menghadkan kehadiran tetamu yang melawat hanya di kalangan keluarga terdekat sahaja.

Datuk Siti Nurhaliza dan seluruh keluarga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan keprihatinan semua pihak untuk Datuk K segera pulih. Adalah diharapkan agar kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan Datuk K sekeluarga buat masa ini. - Blogfyna


1 Response to "Datuk K akhirnya pulang ke Malaysia pada 1 Jan 2013"

  1. hihi :) sempat u usha ggitan cinta datu k kan ? haha . nakal !

    BalasPadam