Jangan Biadap Sharnaaz Ahmad - ND Lala, Shila Amzah


Bapa Shila Amzah, ND Lala telah menyuarakan rasa kecewanya dengan kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengakui Shila Amzah adalah bakal isterinya sedangkan beliau tidak pernah berbincang tentang isu perkahwinan.

Melalui Harian Metro hari ini, bapa Shila Amzah telah memberi amaran kepada Sharnaaz Ahmad supaya tidak bersikap biadap dengan meneruskan niat beliau untuk masuk merisik Shila Amzah pada bulan Mac ini.

“Saya dan ibu Shila (Amzah) masih hidup, masih bernyawa - sekurang kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya. Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya yang jadi walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala dalam kekecewaan.
ND Lala bagaimanapun tidak pernah menolak jika jodoh Shila Amzah ialah dengan Sharnaaz Ahmad tetapi beliau merasakan belum sampai waktunya untuk kedua-dua anak seni ini mendirikan rumahtangga. - Rotikaya


1 Response to "Jangan Biadap Sharnaaz Ahmad - ND Lala, Shila Amzah"