Lebih mengejutkan baru-baru ini, sepasang suami isteri berusia sekitar 50-an telah bercerai gara-gara si suami cemburu melihat isterinya yang obses dengan Aaron dan leka menonton drama Adam & Hawa.
Perkara itu diketahui Aaron dan dia sendiri cukup terkejut dengan apa yang telah berlaku itu.
"Saya tahu tentang perkara ini. Memang sangat terkejut sebab sampai bercerai kerana lakonan saya dalam drama Adam & Hawa.
"Apa yang boleh saya katakan, Adam Mukriz atau mana-mana watak yang dilakonkan saya tidak lebih sekadar lakonan semata-mata kerana itu sudah kerja saya sebagai pelakon.
"Jangan cemburukan saya kerana rasanya tidak wajar minat drama sampai bercerai-berai. Pasangan itu perlu berbincang, mungkin ada silap di mana-mana," katanya yang ditemui pada acara Jom Fiesta anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd., Bangi, Selangor baru-baru ini.

Sebelum Adam & Hawa, drama Nora Elena juga menimbulkan isu apabila ramai wanita mengidamkan lelaki yang romantis seperti watak Seth Tan lakonan Aaron. Ditanya apakah rahsianya sehingga watak-watak lakonannya meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton, Aaron hanya tertawa panjang.
Tuturnya: "Kerja saya cukup berbaloi andai saya dapat menghiburkan penonton. Saya tidak pernah memilih watak kerana setiap watak yang diberikan saya akan lakukan seikhlas yang mungkin.
"Maknanya, saya mahu penonton percaya lakonan saya seolah-olah benar. Jika penonton percaya dengan watak yang saya bawakan, itu satu penghargaan buat saya, tetapi dalam masa yang sama penonton harus ingat, itu sekadar lakonan sahaja." - Kosmo

CP taw sebabnya , sebabnya kurangnya iman :D
BalasPadamYa Rabbi... Apa nak jadi
BalasPadamsmpai bercerai berai, bahaya tu.
BalasPadamlakonan je pn
ishh, x fhm laa org2 ni.