Tiada lelaki mahukan saya dan saya memang tak perlukan lelaki - Siti Saleha


Semalam, Siti Saleha atau Siti Saleha Mohd. Baharum sendir telah mengaku melalui media yang dia sudah dua bulan putus cinta dengan bekas kekasihnya, seorang berbangsa Inggeris. Susulan daripada itu, ramai peminat Siti Saleha tertanya-tanya samada beliau ketika ini sedang solo atau sudah berpunya kembali. Menerusi Kosmo, Siti Saleha telah membuat pengakuan yang beliau memang sedang solo dan tidak terdesak untuk mencari lelaki sebagai pelindung.
"Saya tidak memerlukan lelaki untuk menjaga ataupun melindungi diri saya kerana saya tidak selemah seperti watak-watak yang pernah saya bawakan dalam drama TV mahupun filem. Saya boleh menjaga diri saya sendiri, malah saya juga ada menyertai kelas muay thai sejak tahun lepas lagi sebagai langkah menjaga keselamatan diri," katanya.

Menuntut kisah cinta daripada gadis jelita yang pernah dilanda kontroversi bercinta dengan seorang penjaga gol bola sepak, Syed Adney iaitu adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Siti Saleha memberitahu, dia masih solo dan sehingga kini tidak mempunyai hubungan dengan siapa-siapa.
"Saya masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Itu semua gosip. Bukan saya tidak mahu (bercinta), tetapi tiada siapa yang mahukan saya (ketawa)," katanya berjenaka.
Jadi, kalau rasa-rasanya korang memang berminat sangat nak tackle Siti Saleha, apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang yang ada untuk mendekati dan cuba memilikinya. All the best dan semoga berjaya. Hehe



1 Response to "Tiada lelaki mahukan saya dan saya memang tak perlukan lelaki - Siti Saleha"