Keputusan Kelantan vs PKNS Piala FA 25 Mac 2013


Keputusan Kelantan vs PKNS Piala FA 25 Mac 2013 - Pasukan Kelantan bakal berentap menentang PKNS di Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, Kelantan bagi pusingan kedua Piala FA 2013. Pertembungan dua gergasi ini sepatutnya berlangsung pada 26 Februari lalu namun terpaksa ditunda ke tarikh hari ini akibat hujan lebat. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan Kelantan vs PKNS yang dijangka akan berakhir pada jam 11 malam ini. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Kelantan (4) - (2) PKNS (FT)

Tahniah kepada Kelantan yang berjaya melangkah ke pusingan suku akhir sebentar tadi selepas menewaskan PKNS, 4-2. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Faiz Subri pada minit ke-4, Badri Radzi minit ke-7, Obinna Nwaneri minit ke-22 dan Nizab Ayub minit ke-25, manakala gol PKNS pula adalah hasil jaringan sendiri Mohd Zulharis pada minit ke-32 dan Helmy minit ke-51. Dalam perlawanan suku akhir nanti, Kelantan akan berdepan lawan sukar, Sarawak yang sebelum ini menewaskan PBAPP, 2-0.


0 Response to "Keputusan Kelantan vs PKNS Piala FA 25 Mac 2013"

Catat Ulasan