Ops Daulat 22 Mac 2013 - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian kes pencerobohan di Lahad Datu



Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian kes pencerobohan di Lahad Datu - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-17 semalam (21 Mac 2013) dengan insiden paling mencemaskan ialah pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu. Seorang pengganas Sulu ditembak mati dan seorang lagi wanita 40-an berjaya ditangkap. Di pihak pasukan keselamatan pula, seorang tentera cedera ringan di pergelangan tangan.. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 7.40 malam, 22 Mac 2013.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 4 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban 1 orang
Orang awam cedera 1 orang
Orang awam ditawan - 4 orang (berjaya melepaskan diri)

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 243 orang

Pengganas Sulu terbunuh - 63 orang (29 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - 3 orang
Pengganas Sulu ditangkap - 109 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 38 orang
Pengganas Sulu didakwa - 8 orang


0 Response to "Ops Daulat 22 Mac 2013 - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian kes pencerobohan di Lahad Datu"

Catat Ulasan