Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-19 semalam (23 Mac 2013) dengan penghargaan harus diberikan kepada pasukan keselamatan kerana berjaya menangkap ketua utama pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an yang dikatakan anak saudara kepada Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina. Selain itu, pasukan keselamatan juga turut menangkap anak kepada bekas ketua kampung Tanduo yang dipercayai menjadi dalang utama pencerobohan di Lahad Datu dan bertanggungjawab menyediakan segala keperluan kepada kumpulan pengganas Sulu.
Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 6.00 pagi, 24 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang hari ini.
Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada
Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 4 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada
Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 1 orang
Orang awam ditawan - 6 orang (berjaya melepaskan diri)
Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 408 orang
Pengganas Sulu terbunuh - 63 orang (44 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - 3 orang
Pengganas Sulu ditangkap - 111 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 38 orang
Pengganas Sulu didakwa - 8 orang
0 Response to "Ops Daulat 24 Mac 2013 - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu"
Catat Ulasan