Ops Daulat 25 Mac 2013 - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu



Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-20 semalam (24 Mac 2013) dengan insiden paling mencemaskan ialah pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan empat pengganas Sulu di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu semalam. Dalam kejadian itu, empat pengganas Sulu ditembak mati manakala lagi seorang tentera cedera di pihak pasukan keselamatan.


Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 4.30 pagi, 25 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang hari ini.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 5 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban 1 orang
Orang awam cedera 1 orang
Orang awam ditawan - 6 orang (berjaya melepaskan diri)

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 408 orang

Pengganas Sulu terbunuh - 67 orang (44 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - 3 orang
Pengganas Sulu ditangkap - 111 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 38 orang
Pengganas Sulu didakwa - 8 orang


0 Response to "Ops Daulat 25 Mac 2013 - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu"

Catat Ulasan