Sila masuk di laman sesawang ini untuk membuat semakan : SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pada Mac lepas, calon lepasan SPM 2012 yang berminat dalam bidang perguruan telah membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi Ambilan Jun 2013.
Bagi calon yang berjaya dipanggil untuk proses temuduga adalah dikehendaki membawa dokumen-dokumen penting seperti di bawah :-
- Mencetak surat tawaran panggilan temuduga
- Borang butiran diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat
- Dokumen lain yang diminta untuk dibawa ketika temuduga boleh disemak melalui borang tawaran yang dipaparkan dalam laman semakan online. Ini khas untuk calon-calon yang berjaya.
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temuduga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temuduga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temuduga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon-calon yang berjaya melapor diri di IPG.
thanks for the informative info :)
BalasPadam